SELAMAT DATANG KE SINGGAHSANA BELLAMY

Sunday 17 March 2013

Karnival Amal PIBG

Tanggal 23 Mac 2013, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Bellamy telah berjaya menganjurkan Karnival Karnival Amal PIBG. Walaupun berbagai dugaan mendatang namun semua itu dapat diatasi dengan kerjasama antara PIBG dan guru-guru yang jitu. Berbagai-bagai aktiviti yang menarik telah disediakan untuk semua tetamu yang hadir.

Sehari sebelum Karnival Amal, semua guru telah "REWANG" di Dewan SK Jalan Bellamy. Ada yang sanggup datang dengan membawa anak-anak kecil semuanya demi SK Jalan Bellamy yang tercinta.


Cikgu-cekgi sedang "berewang".

Lagi sedang "berewang".

Masih sempat "POSING" lagi tu. Jangan sampai hangit lah ye.

Macam-macam gaya cekgu-cekgi kita.
Cekgu-cekgi yang sedang sibuk berewang. Dalam sibuk berewang pun masih sempat "Posing". Kelas cekgu-cekgi Bellamy.

Untuk pengetahuan semua, Karnival Amal PIBG ini adalah satu projek bersama antara PIBG dan SK Jalan Bellamy bagi mengumpul dana PIBG yang mana akan digunakan untuk anak-anak murid SK Jalan Bellamy yang tercinta. Sepanjang Karnival ini kupon digunakan sebagai wang untuk membeli belah.


Inilah Kupon yang digunakan...

Sambutan yang cukup meriah daripada warga SK Jalan Bellamy. Tak menang tangan dibuatnya. Dalam sibuk menjual, masih sempat lagi bergambar sebagai kenangan.


Badan Kebajikan Guru Sekolah (BKGS) menjual air. Walaupun kepenatan masih mampu tersenyum.



Gerai Berger Boom dijaga oleh Ustaz Rofi, Cikgu Shahril dan Cikgugu Farhan. Sambutan yang amat luar biasa. Berdiri sampai ke petang.



Gerai keropok lekor dan goreng-gorengan antara gerai yang paling cepat "sold out".


Gerai Nasi Lemak, Laksa, dan Mee sup yang amat laris.

Disamping itu, karnival ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pihak Bomba dari Balai Bomba Hang Tuah. Pameran jentera bomba dan motosikal bomba yang berkuasa tinggi. Murid juga berpeluang mencuba "Flying Fox" yang diuruskan oleh pihak Bomba.



Abang-abang Bomba berehat seketika selepas pameran.

Sekian dulu entri pada kali ini. Diharapkan dapat lagi kita bersua dalam entri seterusnya....
Adios amigos...

Lawatan Kunjung Hormat PIBG SK Jalan Bellamy ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur

Salam 1 Malaysia...

Pada 5 Mac 2013, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Bellamy telah mengadakan lawatan Kunjung Hormat ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur.Lawatan ini bertujuan lagi hubungan yang telah sedia terbina. Lawatan ini disertai oleh YDP PIBG, Tuan Haji Jalalul Shahrin Bin Abd Basir, Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum, En. Fuad Bin Omar, Guru Penolog Kanan Kokurikulum, En. Sardi Bin Hassim, Setiausaha PIBG, En. Mohd Imran Sofwani Bin Rohadi dan Juruaudit Dalaman PIBG, En. Zulhaimee bin Zubit.



Ketibaan kami disambut oleh Komander Pangkalan Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Kolonel Dzulkarnain Bin Haji Ahmad. Berbagai-bagai isu yang dibincangkan bersama berkaitan dengan SK Jalan Bellamy. Lawatan ini memakan masa selama 2 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang lawatan buat tatapan semua.





Diharapkan dengan lawatan Kunjung Hormat ini akan mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasa yang jitu dan padu demi kejayaan SK Jalan Bellamy.

Sekian dulu dari admin...Adios Amete...